Firefox Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Gelap

Firefox Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

FirefoxTelah menjadi salah satu trend terbaru dikalangan pembangun aplikasi untuk menyertakan sokongan tema gelap bagi memudahkan pengguna menggunakannya ketika waktu malam. Terkini, Mozilla turut mengikut jejak, dan telah menambah sokongan tema gelap pada Firefox untuk iOS.

Melalui kemaskini terbaru, Firefox untuk iOS kini menyertakan sokongan tema gelap yang mana boleh diaktifkan atau dimatikan pada bahagian tetapan.

Dengan sokongan tema gelap ini, ia memberikan lebih keselesaan kepada pengguna ketika melayari web pada waktu malam, dan tidak membuatkan mata kurang selesa kerana kecerahan pada skrin yang melampau berbanding persekitaran anda.

Bagi anda yang menggunakan Firefox pada iPhone atau iPad, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dan menggunakan ciri baru ini.

Muat-Turun Firefox untuk iOS


TIPS & ULASAN