Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Fossil iaitu jenama jam tangan premium telah melancarkan jam tangan pintar Wear OS geneari keempat. Kini, saingan lain iaitu Michael Kors – turut melancarkan jam tangan pintar Wear OS baru dalam siri Runway.

Runway adalah siri jam asas dari Michael Kors. Rekaan untuk jam tangan pintar Wear OS ini adalah berdasarkan rekaan Runway Fall 2018. Hampir sama seperti Fossil – siri terbaru jam tangan pintar Michael Kors ini turut mempunyai NFC untuk pembayaran nirtunai, GPS, boleh dibawa untuk berenang dan juga pengimbas nadi.

Buat pertama kali dalam siri Runway Michael Kors – edisi jam tangan pintar ini hadir dalam variasi tali jam yang menggunakan silikon. Jam tangan ini masih dijana dengan cip pemproses lama iaitu Snapdragon 2100.

Michael Kors Runway Wear OS ini dijual pada harga bermula $250 (~RM1024) untuk tali jam silikon, $350 (~RM1434) untuk tali jam besi dan boleh mencecah sehingga $450 (~RM1843) untuk rekaan dan binaan yang lebih premium agar nampak sebagai seorang bangsawan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd