Samsung Mungkin Menutup Kilang Di China Kerana Penurunan Jualan

Samsung Mungkin Menutup Kilang Di China Kerana Penurunan Jualan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Hanya setengah dekad yang lalu Samsung mempunyai pegangan 20% pasaran peranti pintar di China. Kini ia menyusut ke sekitar 1% sahaja kerana persaingan sengit dari pengeluar tempatan seperti Xiaomi, Huawei dan Oppo. Menurut laporan Reuters ini menyebabkan mereka mungkin menutup salah satu kilang mereka di China. Faktor lain penutupan ialah kos buruh yang semakin meningkat.

Kilang di Tianjin ditutup dan kini peranti untuk pasaran China akan hanya dihasilkan di kilang mereka di Huizhou. Kilang di Tianjin ini mengeluarkan sekitar 36 juta peranti setahun. Samsung kini menumpukan pengeluaran peranti mereka di Vietnam dan India. Pada bulan Julai yang lalu mereka telah membuka kilang telefon pintar terbesar dunia di India. Kilang di Vietnam kini menghasilkan 240 juta peranti setahun.


TIPS & ULASAN