Xiaomi Kini Hadir Dengan Mi Pad 4 Plus – Hadir Dengan Skrin 10-Inci Dan Sokongan LTE

Xiaomi Kini Hadir Dengan Mi Pad 4 Plus – Hadir Dengan Skrin 10-Inci Dan Sokongan LTE

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Xiaomi Mi Pad 4 adalah tablet terbaru dari Xiaomi. Ia menjalankan MIUI 9 berasaskan Android 8.1 Oreo dan turut mempunyai sokongan nyahkunci berasaskan wajah melalui kamera swafoto dengan bantuan kecerdasan buatan.

Pada awal pelancaran, Xiaomi hanya perkenalkan Mi Pad 4 dengan skrin 8-inci serta dua variasi iaitu WiFi atau LTE. Kini, di kedai atas talian Xiaomi – Mi Pad 4 Plus dengan skrin 10-inci serta sokongan LTE telah mula dijual. Spesifikasi yang hampir sama iaitu janaan cip Snapdragon 660, RAM 4GB dan storan sehingga 128GB. Membezakan Mi Pad 4 dengan Mi Pad 4 Plus selain daripada skrin adalah bateri sebesar 8620mAh dan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Mi Pad 4 tidak dinafikan agak berbaloi untuk dimiliki, kerana harganya yang berbaloi – skrin yang menarik serta prestasi yang memuaskan untuk permua, penstriman atau juga tugasan asas.

Mi Pad 4 Plus ini dijual pada harga RMB1899 (~RM1130) untuk 64GB dan hanya RMB2099 (~RM1249) untuk 128GB. Pilihan warna yang sama iaitu hitam atau emas. Tapi sayangnya sehingga hari ini ia hanya dijual secara rasmi di China dan tidak di pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN