Asus Hadir Dengan Chromebook 12 C223 – Dijana Dengan Intel Celeron Dan 4GB RAM

Asus Hadir Dengan Chromebook 12 C223 – Dijana Dengan Intel Celeron Dan 4GB RAM

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Chromebook adalah komputer riba Chrome OS – ia sesuai untuk pelajar atau pekerja pejabat yang melakukan tugasan ringan. Asus kini hadir dengan Chromebook baru – Chromebook 12 C223, sebuah Chromebook kos rendah dengan Chrome OS terkini.

Asus Chromebook 12 C223 ini hadir dengan skrin 11.6-inci resolusi 1366 x 768, dijana dengan Intel Celeron N3350 dwi-teras,  memori 4GB RAM dan storan 32GB, bateri dua sel 38Wh serta mempunyai x2 port USB-C, x1 port USB-A, port mikroSD dan juga bicu audio 3.5mm.

Menurut Asus, Chromebook baru mereka ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam serta papan kekuncinya menggunakan rekaan yang ergonomik dan juga kalis air sebanyak 0.07 liter. Touchpad Chromebook ini turut menyokong pelbagai kawalan gesture.

Asus Chromebook 12 C223 yang tampak ringkas dan kelihatan sedikit premium ini dijual pada harga €320 (~RM1496).


TIPS & ULASAN