Set Permainan Plugo Menggalakkan Pembelajaran Matematik Dan Bahasa Menggunakan Tablet
Artikel Berkaitan

Set Permainan Plugo Menggalakkan Pembelajaran Matematik Dan Bahasa Menggunakan Tablet

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Terdapat beberapa kajian yang mengatakan penggunaan telefon pintar oleh kanak-kanak memberikan kesan negatif kepada tumbesaran mental dan fizikal. Kanak-kanak di UK misalnya didapati sukar memegang pensel apabila memasuki sekolah kerana terlalu kerap menggunakan tablet. Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk mengurangkan penggunaannya oleh kanak-kanak.

Plugo rekaan PlayShifu mempunyai cara lain untuk menggalakkan pembelajaran tanpa menghalang tablet dari digunakan oleh kanak-kanak. Dermaga Plugo menyokong modul magnetik yang digunakan untuk mengajar matematik dan tatabahasa. Perisian pada skrin tablet berinteraksi dengan permainan fizikal Plugo. Selain itu terdapat juga modul yang memandu yang mengajar kanak-kanak tentang keselamatan jalan raya serta melatih mereka untuk berfikir.

Set permainan ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $35 (~RM 143) untuk satu modul atau $99 (~RM 405) untuk empat modul. Ia boleh digunakan dengan tablet Android dan iOS.


TIPS & ULASAN