Panasonic Melancarkan Alat Penghapus Bau Busuk Untuk Kasut

Panasonic Melancarkan Alat Penghapus Bau Busuk Untuk Kasut

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Kita hidup di negara yang mempunyai iklim tropika yang sukar diramal. Pada waktu pagi ia mungkin panas terik dan secara tiba-tiba hujan lebat boleh turun ketika tengah hari. Masalah kasut berbau telah kita hadapi selama bergenerasi disebabkan oleh iklim ini. Bagi mereka yang mahu membanteras bau kasut yang busuk, Panasonic mempunyai alat yang dapat melakukannya.

Panasonic MS-DS100 menghapuskan asid isovalerik yang menyebabkan bau busuk pada kasut. Alat ini menghasilkan partikel ion dan hidroksil radikal yang meneutralkan asid isovalerik. Ia boleh berfungsi menggunakan palam elektrik atau bateri terbina yang disertakan. Hanya sepasang kasut boleh dinyah-bau pada satu-satu masa.

MS-DS100 akan mula dijual di Jepun pada bulan September ini. Memandangkan peralatan Panasonic ada dijual di Malaysia, kami berharap pembasmi bau kasut busuk ini akan turut dilancarkan di Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN