TM Dilaporkan Membuat Rayuan Untuk Menangguhkan Pengurangan Harga Pukal Jalur-Lebar

TM Dilaporkan Membuat Rayuan Untuk Menangguhkan Pengurangan Harga Pukal Jalur-Lebar

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Telekom Malaysia, selain menyediakan akses jalur-lebar kepada pengguna umum, mereka juga turut menyediakan tulang belakang dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada syarikat telekomunikasi lain untuk menggunakan infrastruktur mereka.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pengurangan harga MSAP (Mandatory Standard on Access Pricing) untuk jalur-lebar dalam usaha untuk mengurangkan harga akses jalur-lebar untuk pengguna. Melalui perubahan harga MSAP, ia dijangka menurunkan harga akses internet sehingga 25% menjelang penghujung 2018.

Terkini, menurut laporan TheMalaysianReserve, ia dikatakan Telekom Malaysia telah membuat rayuan untuk menangguhkan implementasi pengurangan harga pukal jalur-lebar. Seperti ramai sedia maklum, perubahan MSAP ini secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada pendapatan pihak Telekom Malaysia secara keseluruhannya. Dengan penangguhan ini, ia dijangka akan mengelak impak yang tinggi dari segi pendapatan syarikat berkenaan untuk tempoh terdekat ini.

Disamping itu, menurut penganalisa, ia dikatakan penurunan harga pukal ini sekaligus akan membolehkan syarikat telekomunikasi lain turut hadir dengan pakej lebih kompetitif – sekaligus memerlukan Telekom Malaysia menurunkan harga pakej untuk kekal bersaing dengan yang lain. Ini juga dijangka akan mengurangkan lagi pendapatan syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Telekom Malaysia telah mengumumkan pakej Unifi Basic yang hadir dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM79 sebulan, tetapi dihadkan kepada kuota 60GB data sebulan.


TIPS & ULASAN