Cari @ Amanz

Setakat ini kita telah melihat tetikus, pelapik tetikus, PSU, penyejuk RAM dan papan kekunci dengan sokongan lampu LED. Penggunaan sistem lampu ini amat popular di kalangan peminat tegar PC kerana ia memberikan kelainan serta keunikan berbanding komputer biasa. Sistem LED kini akhirnya turut digunakan pada cakera keras luaran.

Asus FX HDD ialah storan luaran yang menyokong sistem lampu Aura Sync. Ini mebolehkannya berkelip selari dengan aksesori Asus lain yang menyokong Aura Sync. Cakera keras luaran ini hadir dengan storan 1 dan 2 TB.  Ia menyokong USB 3.1 bagi membolehkan pemindahan data pada kadar 5 Gbps. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd