Carian
CA Technologies Ingin Membantu Organisasi Dalam Tranformasi Digital Melalui Sokongan Kecerdasan Buatan
August 16, 2018 Liyana

Hampir 82% pemimpin perniagaan dan IT di Malaysia yakin akan keupayaan organisasi mereka untuk bersaing secara kompetetif dalam tempoh tiga tahun akan datang sedangkan hanya 9% sahaja yang telah menetapkan strategi transfomasi digital yang sepenuhnya.

Inilah salah satu penemuan dari kajian terbaru oleh CA Technologies, yang mengkaji maklum balas daripada 900 pemimpin perniagaan dan IT di sembilan pasaran di rantau ini, termasuk Malaysia, mengenai strategi transformasi digital.

Menurut Kajian Impak dan Kesediaan Transformasi Digital Asia Pasifik dan Jepun oleh CA Technologies, masih terdapat kekangan yang dimiliki oleh organisasi dalam menawarkan perkhidmatan digital kepada pengguna. Majoriti responden percaya bahawa adalah tiga faktor utama penting dalam menjayakan organisasi transformasi digital di Malaysia. Ia adalah kekuatan kepimpinan, kemahiran teknologi yang dimiliki dan proses operasi tersebut. Ketiga-tiga elemen ini perlu diperkasakan oleh organisasi digital di negara bagi memenuhi kehendak pengguna untuk mencari penyelesaian.

Menerusi rundingan meja bulat ini bersama Nick Lim – Timbalan Pengarah, ASEAN dan China CA Technologies, dan Manivannan Govindan – Pengarah DevOps ASEAN, CA Technologies telah mencadangkan agar organisasi bukan sahaja menggunakan perisian dalam proses transformasi digital, tetapi juga menguasakan organisasi dengan Kilang Perisian Moden ataupun Modern Software Factory, yang merupakan cara baru untuk mengoperasikan pembangunan perisian untuk memacu kelebihan daya saing.

Nick menerangkan bahawa pemimpin perniagaan di Malaysia perlu berani mengambil risiko. Jika pemimpin organisasi menggunakan teknologi baru dalam operasi organisasi mereka dan mengambil risiko yang dapat dikira, mereka boleh meletakkan organisasi dalam kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan model perniagaan baru dan memasuki pasaran baru. Beliau juga mengatakan bahawa pemimpin perniagaan perlu mengembangkan rasa institusi digital mereka dengan menjangka trend supaya mereka tidak ketinggalan.

Justeru itu, CA Technologies hadir dengan kecerdasan buatan tersendiri sebagai penyelesai kepada operasi teknologi yang dikenali sebagai, AIOps. Servis ini berupaya untuk menampung analisa data besar daripada pelbagai jenis alat teknologi dan operasi perniagaan. Ia turut dapat menyokong mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, dengan meningkatkan kecekapan operasi IT, dan pengalaman pengguna.

Di samping menawarkan AIOps menerusi platform Digital Experience Insights, CA juga turut memperkenalkan kecerdasan operasi digital yang menyediakan perkhidmatan kecerdasan kontekstual lintas domain yang mampu menyokong AIOps dalam meningkatkan kualiti kapasiti perkhidmatan IT. AIOps digunakan untuk membantu pasukan IT untuk menganalisis penyebab masalah IT dengan lebih cepat agar mereka dapat membaikinya dengan lantas. AIOps juga boleh dengan mudah meramalkan isu-isu yang lebih awal dengan penggera supaya pasukan IT dapat menangani isu-isu sebelum mereka muncul.

Untuk terus kekal kompetatif dalam persaingan digital, organisasi perlu melakukan perubahan struktur supaya dapat memenuhi kehendak pengguna dalam mencari penyelesaian digital.

Komen