Skrin Samsung Note 9 Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate
Effi Saharudin
Kemampuan skrin mungkin bukan faktor terpenting apabila ingin membeli sesebuah peranti. Tetapi sekiranya anda banyak menghabiskan masa menonton video beresolusi tinggi dan HDR, Samsung Galaxy Note 9 mungkin adalah peranti yang boleh dinantikan. DisplayMate baru sahaja menobatkan skrin peranti ini sebagai yang terbaik pada telefon pintar yang pernah dihasilkan.

Skrin 6.4″ SAMOLED QHD+ Galaxy Note 9 diberikan gred A+ yang merupakan yang tertinggi yang pernah diberikan. Pujian diberikan dari segi ketepatan warna yang hampir sempurna iaitu 142% standard warna sRGB dan 113% standard warna DCI-P3. Keterangan purata skrin juga tinggi iaitu 1050 nits bersamaan dengan 27% lebih baik berbanding Galaxy Note 8 tahun lalu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.