Pra Tempahan Untuk Televisyen 4K Sony Master A9F Kini Dibuka Untuk Pasaran Tempatan Bermula Pada Harga RM14,999

Pra Tempahan Untuk Televisyen 4K Sony Master A9F Kini Dibuka Untuk Pasaran Tempatan Bermula Pada Harga RM14,999

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Pada minggu lepas, Sony melancarkan siri televisyen Sony A9F Master mereka, iaitu siri televisyen 4K yang hadir dengan beberapa ciri menarik seperti sokongan untuk media beresolusi 4K, teknologi HDR dan juga sistem pembesar suara yang dinamakan Acoustic Surface Audio+ yang terbina di dalam paparan OLED yang digunakan sebagai skrin.

Di acara Sony EXPO yang sedang berlangsung sekarang di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Sony Malaysia telah mengumumkan kehadiran siri televisyen ini untuk pasaran Malaysia, dan berkata bahawa siri televisyen A9F Master ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan September kelak, dan pra-tempah untuk siri televisyen 4K tersebut boleh dibuat bermula hari ini.

Siri televisyen A9F Master ini terdiri daripada dua model, iaitu model 55 inci (KD-55A9F) dan 65 inci (KD-65A9F) untuk saiz ruang tamu yang berbeza saiz. Menurut Sony Malaysia lagi, siri televisyen ini akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan September kelak, dan akan dijual pada harga RM14,999 untuk model 55 inci, dan harga RM21,999 untuk model 65 inci.

Jika anda menempah televisyen siri A9F Master ini bermula hari ini, 14 Ogos 2018, sehingga 14 September 2018, Sony akan melengkapkan setiap pra-tempahan dengan sebuah pembesar suara Sony LSPX-S1 bernilai RM3190 secara percuma.


TIPS & ULASAN