Spesifikasi Cip HiSilicon Kirin 980 Sekali Lagi Tertiris
Artikel Berkaitan

Spesifikasi Cip HiSilicon Kirin 980 Sekali Lagi Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Sebelum ini kami laporkan ura-ura mengenai spesifikasi cip HiSilicon Kirin 980 yang bakal digunakan pada Huawei Mate 20. Terdapat ura-ura cip ini bakal melangkaui pemproses A11 Bionic dan Snapdragon 845. Spesifikasi Kirin 980 sekali lagi tertiris menerusi rakaman gambar aplikasi penanda aras.

Ia mengesahkan Kirin 980 akan dilengkapi lapan teras dengan empat teras Cortex A77 pada kelajuan 2.8 GHz dan empat lagi teras Cortex A55. Cip ini akan dihasilkan menggunakan teknologi 7nm TSMC. Penggunaan GPU Mali G72 MP24 turut disahkan. Ini adalah peningkatan berbanding GPU Mali G72 MP12 yang digunakan pada Kirin 970. Seperti Kirin 970, Kirin 980 juga akan mempunyai NPU untuk mengawal fungsi kecerdasan buatan.

Huawei akan melancarkan Kirin 980 secara rasmi pada acara IFA yang berlangsung pada penghujung bulan ini. Sejauh manakah ia mampu melangkaui A11 Bionic dan Snapdragon 845 hanya akan diketahui apabila Mate 20 dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN