Huawei Malaysia Mula Menawarkan Kemaskini GPU Turbo Untuk Huawei Nova 3i

Huawei Malaysia Mula Menawarkan Kemaskini GPU Turbo Untuk Huawei Nova 3i

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penawaran kemaskini GPU Turbo untuk salah satu telefon pintar terbaru mereka, Huawei Nova 3i. Melaluinya, ia sekaligus menawarkan kuasa grafik yang lebih baik ntuk pengguna.

Menurut Huawei sebelum ini, dengan GPU Turbo, ia meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sehingga 60%, selain pada masa yang sama turut mengurangkan penggunaan tenaga bateri. Walaubagaimanapun, buat masa in, hanya beberapa permainan sahaja disokong dibawah GPU Turbo ini, termasuk PUBG Mobile dan juga Mobile Legends.

Huawei Nova 3i

Huawei mengatakan selain daripada permainan, pengguna juga turut boleh dapat melihat pengalaman EMUI yang lebih baik, selain penawaran AR dan VR yang lebih dioptimasikan hasil kemaskini GPU Turbo ini.

Bagi anda yang menggunakan Huawei Nova 3i, boleh menyemak kemaskini peranti anda hari ini, dan menaik-taraf GPU Turbo ini. Seperti biasa, kemaskini perisian biasanya ditawarkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil beberapa hari sebelum anda menerimanya.


TIPS & ULASAN