#GalaxyNote9 – S-Pen Bukan Sekadar Stylus, Kini Turut Berfungsi Sebagai Alat Kawalan Jauh

#GalaxyNote9 – S-Pen Bukan Sekadar Stylus, Kini Turut Berfungsi Sebagai Alat Kawalan Jauh

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Bercakap mengenai Galaxy Note 9, semestinya salah satu ciri yang menjadi fokus ramai adalah S-Pen. Seperti ramai sedia maklum, S-Pen pada Galaxy Note menawarkan kadar kejituan yang tinggi dalam input, sekaligus memudahkan proses lakaran dan penulisan.

Menariknya, pada Samsung Galaxy Note 9, S-Pen bukan sekadar sebuah stylus biasa, tetapi turut menawarkan penaik-tarafan tambahan yang membolehkan ia digunakan sebagai alat-kawalan jauh untuk Galaxy Note 9.

Samsung Galaxy Note 9

Menggunakan S-Pen, pengguna boleh mengawal sejumlah perkara, termasuk menggunakannya sebagai butang untuk merakamkan gambar, menatal galeri gambar, atau mengawal pemain video dan muzik. Ini sekaligus memudahkan anda membuat sejumlah tugasan. Sebagai contoh, anda boleh letakkan kamera dan menggunakan S-Pen untuk merakamkannya – tanpa perlu menetapkan kiraan timer untuk rakamkan gambar.

Samsung Galaxy Note 9

Disamping itu, ketika membuat pembentangan di pejabat atau dimana-mana, anda turut boleh menggunakan S-Pen sebagai alat kawalan untuk mengerakkan slide dari satu ke yang lain.

Pengguna turut boleh mengakses halaman tetapan S-Pen Remote di Galaxy Note 9, dan seterusnya menetapkan apa yang perlu dilakukan oleh sesuatu aplikasi apabila pengguna tekan butang pada S-Pen – sama ada sekali atau dua kali.

Samsung Galaxy Note 9

Pengenalan ciri ini juga sekaligus membuatkan sokongan S-Pen bukan sekadar stylus semata-mata, tetapi menawarkan ciri produktiviti tambahan yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Galaxy Note 9 ini yang hadir dengan sokongan spesifikasi tinggi, serta pelbagai ciri produktivit menarik ini pada harga RM3699 hari ini. Pra-tempahan anda juga turut akan hadir bersama jam tangan percuma Gear Sport untuk waktu yang terhad ini.


TIPS & ULASAN