Cari @ Amanz

Rekaan telefon pintar yang memfokuskan kepada permua (PERmainan MUdah-Alih) kini kian mendapat perhatian orang ramai terutamanya bagi golongan pemain permua yang tegar. Tidak pelik juga untuk masa sekarang, banyak pengeluar telefon pintar yang melancarkan telefon pintar mereka yang khusus untuk memenuhi kehendak golongan pemain permua ini. Honor merupakan salah satu jenama yang baru melancarkan telefon pintar yang memfokuskan kepada permainan mudah alih ini, yang dikenali sebagai Honor Play.

Sebelum ini telefon pintar yang memfokuskan permua seringkali hadir dengan penawaran harga yang mahal disebabkan oleh spesikasinya yang berkuasa tinggi. Namun, ia berlainan untuk telefon pintar keluaran Honor ini, dimana mereka menawarkan telefon pintar yang berspesifikasi tinggi pada harga yang mampu milik. Dengan pelancarannya, ia memberi peluang kepada pemain permua tegar yang ingin memiliki telefon pintar yang memfokuskan permua pada harga yang rendah dan tidak mengganggu prestasi permainan mereka.

Honor Play

Telefon pintar ini sudah dilancarkan di pasaran Malaysia dengan membawakan rekaan skrin 6.3 inci bersama rekaan bertakuk, dijana dengan cip pemprosesan Kirin 970, memori 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Sistem operasinya pula dilengkapi dengan Android 8.1 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.2. Dengan janaan cip Kirin 970 bersama antaramuka EMUI versi 8.2 ini, ia membuatkan telefon pintar Honor Play ini kurang mengalami gangguan pergerakkan dan sela masa sekaligus dapat membantu prestasi permainan pemain.

Pada bahagian kameranya pula, ia hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang yang menggabungkan lensa 16MP bersama 2MP selain kamera hadapan 16MP. Kamera utama pada Honor Play ini mampu mengecam 22 objek berbeza dan lebih daripada 500 senario pada masa yang sama dengan bantuan AI Motion Detection dan AI Image Stabilization.

Honor Play

Bagi kamera hadapannya pula, ia hadir dengan ciri pengecaman pintar yang dapat menghasilkan gambar seakan kamera professional dan studio. Ciri pada kameranya terdapat pelbagai pilihan pencahayaan seperti Soft lighting, Butterfly Lighting, Split Lighting, Stage Lighting dan Classic Lighting.

Bagi pemain permua tegar, umum mengetahui bahawa salah satu punca prestasi permainan mereka terjejas adalah apabila telefon pintar mereka kehabisan bateri dan panas dengan cepat. Tetapi Honor Play ini dibina dengan saiz bateri yang dapat menampung permua yang berat dimana baterinya berkapasiti 3750mAh dan mampu bertahan selama 15 jam untuk penstriman video dan 135 jam untuk penstriman muzik.

Masalah bateri ini juga telah diatasi oleh Honor dengan kehadiran teknologi baru GPU Turbo untuk cip Kirin 970 yang juga disertakan dengan teknologi AI. Fungsi teknologi GPU Turbo ini menawarkan kemampuan peningkatan grafik sehingga 60% dan mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 30% sekaligus menjadikan telefon pintar anda menjadi lebih lancar dan lebih sejuk walaupun digunakan pada waktu yang lama.

Apa yang lebih menarik lagi tentang Honor Play adalah ia hadir dengan sokongan 4D Experience dan AI 4D Smart Shock yang boleh mengesan gegaran pada 30 senario berbeza.  Buat masa ini ciri gegaran ini telah boleh dialami melalui permua PUBG Mobile dan akan diperluaskan kepada permua-permua yang lain.

Dari segi audionya pula, teknologi Histen 3D audio yang terbina didalamnya menawarkan bunyi 3D yang sangat luas semasa permainan berlangsung. Hal ini sekaligus memberikan pengalaman bunyi sinematik daripada kawasan terdekat di sekeliling kawasan permainan dan ciri ini turut akan disokong walaupun pemain menyambungkan fon telinga dan fon kepala mereka.   Ciri ini sudah disokong pada permua PUBG Mobile dan Mobile Legends dan juga akan diperluaskan kepada permua-permua yang lain.

Telefon pintar dengan rekaan skrin seluas 6.3 inci ini hadir dengan paparan FullView HD Display sedangkan rekaan kerangkanya adalah sesuai untuk telefon pintar dengan paparan skrin yang bersaiz 5.5 inci. Paparan nirbingkai sehingga 89% ini memberi peluang kepada pemain untuk menikmati paparan yang lebih luas dan terletak dengan selesa di tangan pengguna ketika bermain permua. Telefon pintar Honor Play ini juga mempunyai fungsi split screen yang mana ia membolehkan pengguna untuk memaparkan dua paparan dalam satu masa. Jadi, ciri ini dilihat dapat memudahkan pengguna untuk melakukan dua kerja dalam satu masa yang sama dengan menggunakan Honor Play.

Prestasi pemain juga akan terganggu sekiranya mereka menerima notifikasi secara tiba-tiba ketika permainan berlangsung. Namun, pihak Honor telah mengatasi masalah ini dengan cara mewujudkan satu butang pada Honor Play yang berfungsi untuk mematikan notifikasi ketika permainan berlangsung. Pemain boleh mengaktifkan satu butang pada telefon pintar ini untuk menghentikan notifikasi daripada terus diterima semasa bermain.

Pemain juga turut boleh memilih untuk menaikkan prestasi dan kelajuan permua yang mereka inginkan kepada prestasi yang lebih tinggi. Pemain juga tidak perlu memberhentikan permainan mereka sekiranya mereka ingin merakam skrin dalam bentuk video dan gambar serta kongsikan kepada orang ramai.


Dengan penawaran ciri-ciri menarik daripada Honor Play ini kita dapat lihat bahawa ia merupakan telefon pintar yang dijual pada harga mampu milik walaupun mempunyai spesifikasi yang tinggi dan terkini. Ia juga membolehkan pemain permua tegar untuk memiliki telefon pintar berspesifikasi tinggi yang memfokuskan permua pada harga yang sangat berpatutan.

Telefon pintar ini hadir dengan pilihan warna biru dan ungu serta boleh didapati pada harga RM1249 di Malaysia menerusi cawangan sah yang menjual peranti honor ataupun menerusi kedai atas-talian honor dan juga Shopee. Jadi, pada harga serendah ini, ia sangat berbaloi untuk anda memiliki sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada permua.

Penafian: Advertorial dari Honor

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd