Garmin Memperkenalkan Siri Jam Pintar Garmin Fenix 5 Plus Untuk Pasaran Malaysia – Harga Setinggi RM4899

Garmin Memperkenalkan Siri Jam Pintar Garmin Fenix 5 Plus Untuk Pasaran Malaysia – Harga Setinggi RM4899

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Garmin ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk peranti GPS mereka dan juga jam pintar yang digunakan untuk menyukat tahap aktiviti atlet-atlet di seluruh dunia.

Terkini, syarikat tersebut telah mengumumkan pelancaran peranti jam pintar aktif terbaru mereka, iaitu siri jam pintar Garmin Fenix 5 Plus, yang terdiri daripada tiga model, termasuklah Garmin Fenix 5 Plus, Fenix 5S Plus dan juga Fenix 5X Plus.

 

 

Kesemua peranti siri Garmin Fenix 5 Plus ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 1.2 inci, dengan rekaan rangka yang diperbuat daripada bahan komposit yang dinamakan Diamond-like Carbon (DLC) pada pelbagai saiz, khusus untuk pergelangan tangan yang mempunyai saiz yang berbeza, dan menggunakan Sapphire Glass yang sangat lasak sekali, sesuai dengan kegunaan jam ini.

 

 

Jam pintar ini juga hadir dengan storan 16GB yang membolehkan pengguna memuatkan media seperti fail MP3 untuk lagu, Jam pinitar ini juga hadir dengan sokongan Bluetooth yang membolehkan pengguna terus menyambungkan fon telinga nirwayar mereka ke peranti Garmin Fenix 5 Plus mereka.

Diantara ciri-ciri menarik yang hadir pada jam tangan ini termasuklah sensor Pulse Ox Acclimation yang dapat mengesan kandungan oksigen di dalam darah pengguna, sebuah ciri yang cukup berguna untuk atlet-atlet yang sering berlatih di kawasan beraltitud tinggi.

Satu lagi ciri yang cukup berguna untuk latihan ialah Sport Mode, dimana jam Fenix 5 Pro ini dapat mengesan pelbagai titik aktiviti untuk lebih dari 30 jenis sukan, termasuklah aktiviti berlari, berbasikal, berenang, yoga, triathlon, golf dan sebagainya.

Menurut pihak Garmin, siri jam pintar Garmin Fenix 5 Pro ini sudah boleh dibeli dari pengedar rasmi peranti mereka, AECO Technologies dan juga kedai-kedai konsep Garmin di seluruh Malaysia bermula hari ini. Tanda harga untuk siri jam tangan Garmin Fenix 5 Pro ini adalah seperti berikut:

  • Garmin Fenix 5S Plus Black dengan tali hitam = RM3450
  • Garmin Fenix 5S Plus Rose Gold dengan tali coklat – RM3450
  • Garmin Fenix 5 Plus Black dengan tali hitam – RM3599
  • Garmin Fenix 5 Plus Carbon Grey DLC dengan tali jam besi – RM4699
  • Garmin Fenix 5X Plus Black dengan tali jam hitam – RM3699
  • Garmin Fenix 5X Plus Carbon Grey dengan tali jam besi – RM4899

TIPS & ULASAN