Oppo R17 Pro Akan Dilengkapi Bukaan Kamera Boleh-Ubah Seperti Galaxy S9

Oppo R17 Pro Akan Dilengkapi Bukaan Kamera Boleh-Ubah Seperti Galaxy S9

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Oppo R17 diperlihatkan semalam dengan rekan skrin bertakuk yang lebih kecil berbanding yang digunakan sebelum ini. Ia turut hadir dengan sistem imbasan cap jari dalam skrin serta sistem dwi-kamera. Kesemua fungsi tadi adalah menarik tetapi Oppo R17 Pro akan mempunyai satu fungsi khas yang menjadikannya lebih menarik berbanding model asas.

Laman Weibo rasmi Oppo telah mengesahkan R17 Pro akan dilengkapi sistem bukaan kamera boleh-ubah dari f/1.5 ke f/2.4 bergantung kepada pencahayaan ketika gambar ingin diambil. Ini adalah sama seperti yang ditemui pada Galaxy S9+ dan Galaxy Note 9. Ini menjadikan Oppo pengeluar pertama yang mengikut jejak langkah Samsung. Adakah dengan pengenalan sistem bukaan boleh-ubah ini akan membuatkan anda tertarik untuk memiliki R17 Pro?


TIPS & ULASAN