Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan beralih kepada bil berbentuk digital sepenuhnya, dan tiada lagi penawaran bil dalam bentuk bercetak. Peralihan ke arah digital sepenuhnya telah dilakukan sejak 2015 yang lepas, dan kini akhirnya Telekom Malaysia memilih untuk melakukan pemindahan sepenuhnya mulai September 2018.
Pengumuman baru daripada Telekom Malaysia ini hadir selari dengan pengenalan aplikasi untuk semakan bil baru-baru ini.
Selain daripada melalui aplikasi, TM kebiasaannya akan menghantar emel terus kepada pengguna dalam format PDF. Anda boleh menyemak pelbagai info penggunaan dan sebagainya terus melalui emel berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan TM, adakah anda masih bergantung kepada bil bercetak, atau anda telah beralih ke bil berbentuk digital sepenuhnya sejak sebelum ini.
Starting September 2018, we are going paperless and you will receive your bill notification via email & SMS. You only need your account number to make payments.
To receive your e-bill, register at https://t.co/hTv7n0iwMb pic.twitter.com/VdsINyIhXL
— unifi (@unifi) August 14, 2018