The International 2018 Akan Disiarkan Dengan Komentar Berbahasa Malaysia Melalui Tamago

The International 2018 Akan Disiarkan Dengan Komentar Berbahasa Malaysia Melalui Tamago

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Astro hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menyiarkan kejohanan Dota 2 yang bakal diadakan pada penghujung minggu ini, iaitu The International 2018 secara langsung melalui aplikasi Tamago milik mereka.

Menariknya, buat julung kalinya, Astro akan turut menawarkan komentar dalam bahasa Malaysia melalui aplikasi penstriman berkenaan. Ia akan dimulakan setiap hari pada pukul 12 tengah malam, dan turut disertai oleh sejumlah pemain e-sukan tempatan.

The International 2018

Bagi yang tidak mengenali akan Tamago, ia merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Astro dengan kerjasama Huomao, dimana ia memfokuskan kepada penstriman e-sukan melaluinya.

Bagi peminat Dota 2 tempatan, anda boleh menyertai siaran langsung ini melalui aplikasi Tamago bermula 16 hingga 19 Ogos ini untuk perlawanan peringkat kumpulan, dan acara utamanya mulai 21 hingga 26 Ogos kelak.

Muat-Turun Tamago untuk iOS

Muat-Turun Tamago untuk Android


TIPS & ULASAN