Cari @ Amanz

Facebook kini dilihat mula mendapatkan hak untuk siaran sejumlah acara sukan untuk disiarkan melalui platform mereka, sekaligus membuatkan pengguna terikat dengan platform Facebook untuk tempoh lebih lama. Sebelum ini, Facebook telah menerima hak penyiaran EPL di Thailand dan Vietnam. Kini, gergasi media sosial berkenaan turut menerima hak untuk menyiarkan liga Sepanyol, La Liga untuk tiga musim di rantau India.

Dengan adanya hak penyiaran La Liga di rantau India, Facebook akan mula menawarkan siaran percuma untuk La Liga di Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, India, Nepal, Maldives, Sri Lanka dan juga Pakistan.

Facebook tidak menyatakan angka pelaburan yang dilakukan mereka untuk mendapatkan hak penyiaran ini. Di rantau India ini sahaja Facebook mempunyai lebih 350 juta pengguna – dan dengan hak penyiaran ini, ia akan membuatkan pengguna lebih aktif dan menghabiskan masa lebih lama pada platform mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd