TrendForce – iPhone 2018 Akan Menyokong Apple Pencil Dengan Harga Bermula Dari RM2900

TrendForce – iPhone 2018 Akan Menyokong Apple Pencil Dengan Harga Bermula Dari RM2900

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Tiga model iPhone akan dilancarkan tahun ini dengan dua menggunakan skrin OLED dan satu lagi berskrin LCD. Hari ini penganalisa TrendForce mengeluarkan beberapa ramalan baru mengenai peranti-peranti yang dinantikan oleh ramai peminat Apple tahun ini.

Menurut mereka dua model dengan skrin OLED 5.85″ dan 6.46″ akan akhirnya menyokong penggunaan Apple Pencil. Ini menjadikannya setanding dengan apa yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy Note 9. Selain daripada itu model ini juga dipercayai akan dilengkapi 4GB RAM dan pilihan storan sehingga 512GB. Harga jualan dianggarkan bermula dari $899 (~RM 3676) sebuah.

Model dengan skrin 6.06″ LCD pula tidak akan menyokong Apple Pencil. Ia walau bagaimanapun akan dijual pada harga mampu milik bermula dari $699 (~RM2858) sebuah. Trendforce turut meramalkan penggunaan 3GB RAM dan storan sehingga 256GB untuk model ini.


TIPS & ULASAN