Untuk menambat peranti boleh-pakai Samsung, pengguna perlu memasang aplikasi Galaxy Gear. Pelbagai fungsi peranti boleh-pakai boleh dikawal secara terus menerusi aplikasi yang berguna ini. Dengan pelancaran Galaxy Watch, aplikasi ini telah dijenamakan semula sebagai Galaxy Wearable hari ini.
Selain pertukaran nama, ia juga mula menyokong Galaxy Watch dan peranti yang menggunakan Android Pie. Beberapa pengguna yang telah mengemaskini peranti ke Android Pie sebelum ini merungut peranti boleh-pakai Samsung tidak boleh ditambat kepada peranti mereka.