Carian
Spesifikasi Oppo F9 Pro Tertiris
August 15, 2018 Effi Saharudin

Oppo F9 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia esok tetapi misteri mengenai spesifikasinya telahpun tertiris pagi ini. Ia sebenarnya adalah sebuah Oppo F7 yang ditambahbaik dengan sokongan dwi-kamera dan bateri yang lebih besar.

Ia dilengkapi skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16+2 Megapixel, kamera hadapan 25-Megapixel dan bateri sebesar 3500 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas VOOC tidak seperti F7 sebelum ini. Selain peningkatan pada spesifikasi, F9 Pro juga dilengkapi takuk yang lebih kecil sama seperti yang digunakan pada Oppo R17 yang baru sahaja dilancarkan.

Komen