Samsung Galaxy Note 9 Habis Dipra-tempah Di Malaysia

Samsung Galaxy Note 9 Habis Dipra-tempah Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018 oleh .

Untuk tahun ini, siri Galaxy Note terbaru dilihat benar-benar menarik perhatian ramai pengguna. Selepas beberapa hari lepas Galaxy Note 9 versi 512GB habis dipra-tempah, kini Samsung Malaysia turut mengumumkan yang mana variasi model 128GB turut telah habis dipra-tempah.

Samsung Galaxy Note 9

Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana permintaan siri Galaxy Note terbaru ini adalah sangat tinggi dikalangan peminat tempatan. Samsung Malaysia tidak mengumumkan jumlah unit yang ditawarkan untuk pra-tempahan yang bermula minggu lepas. Namun, semestinya penawaran bersama sebuah jam tangan pintar Gear Sport menarik perhatian ramai untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan.

Samsung Galaxy Note 9

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan skrin bersaiz lebih besar, selain turut menawarkan bateri 4000mAh, dan S-Pen yang kini turut boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh.

Di Malaysia, Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga bermula RM3699. Pelancaran rasminya akan dilakukan hari ini, dan kita akan ketahui bilakah ia akan ditawarkan secara rasmi melalui kedai-kedai dan pengedar Samsung seluruh negara.


TIPS & ULASAN