Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas, satu kod pembangunan “Campfire” ditemui oleh pihak XDA Developers. Ia adalah satu program untuk dwi-boot Windows pada Chromebook. Fungsi ini adalah lebih kurang sama dengan AltOS yang sebelum ini ditemui.

Kini, melalui kod di chromium cros_allow_auto_update” adalah kod yang memberitahu di mana Chromebook hanya boleh dwi-boot ke Windows jika kod ini terdapat dalam Chrome OS dalam Chromebook tersebut. Manakala, kod ini pula hanya ditemui dalam satu peranti spesifik – eve-campfire.

Eve” adalah kod nama untuk Pixelbook. Ini kerana Pixelbook adalah satu-satunya Chromebook yang berada di pasaran yang cukup berkuasa. Fungsi Campfire ini bukanlah terhad, akan datang ia turut hadir pada Chromebook lain jika spesifikasinya sesuai untuk diboot ke Windows.

Sebelum ini, Google telah pun menguji Windows pada Chromebook secara tertutup.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd