Carian
Kuo: Kaca Mata AR Apple Akan Hadir Pada 2020 Dan Kereta Apple Akan Menyusul Selepas 3-5 Tahun
August 15, 2018 Fahim Zahar

Seperti yang ramai sudah tahu Ming-Chi Kuo adalah pemberi maklumat berkaitan Apple yang terkenal dan kesemua laporan beliau hampir tepat. Kini beliau mengatakan, masa depan Apple adalah pada kereta Apple dan kaca mata realiti gabungan. Selain itu adalah tawaran perkhidmatan daripada Apple juga adalah salah satu perniagaan mereka yang membangun.

Kuo menyatakan di mana kereta Apple akan dilancarkan sekitar tahun 2023-2025. Laporan mengenai kereta Apple sudah pun didengar beberapa kali. Kini nampaknya Apple akan lebih fokus kepada kedua-dua perisian dan pembangunan kereta. Antara sebab kenapa perniagaan kereta Apple adalah lebih baik adalah kerana, kereta elektrik atau kereta pintar atau juga kereta swapandu adalah era teknologi baru. Iaitu sama dengan 10 tahun lepas permintaan telefon pintar mula meningkat.

Seterusnya adalah mengenai kelebihan teknologi Apple yang tidak dinafikan hebat dan boleh menjadikan konsep – kenapa pilih Android dan tidak iOS kepada kenapa pilih kereta Apple dan bukannya kereta lain? Kemudian, mengenai perkhidmatan Apple – perniagaannya akan lebih meningkat dengan menyertai pasaran kereta. Tidak lupa juga, Apple agak hebat dalam membangun dan menghasilkan perisian dan juga perkakasan dan di dalam dunia kereta – tidak dinafikan Apple boleh menjadi yang terbaik di kalangan pesaing.

Dengan fokus terhadap Apple AR Kit dan pembangunan produk, perisian dan juga perkakasan realiti gabungan – Kuo menyatakan di mana kaca mata realiti gabungan Apple mungkin akan hadir sekitar tahun 2020.

Syarikat Apple yang kini berjaya mencecah $1 Trilion – tidak dinafikan jika jangkaan Kuo mengenai pendapatan Apple terhadap sektor lain turut boleh berjaya adalah tepat.

Komen