Maybank2U Akan Aktifkan Antaramuka Web Baru Untuk Semua Bermula 18 Ogos

Maybank2U Akan Aktifkan Antaramuka Web Baru Untuk Semua Bermula 18 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018 oleh .

Maybank sebelum ini telah mula menawarkan pilihan antaramuka baru untuk Maybank2U sejak bulan April lepas. Namun, sehingga ke hari ini, ia ditawarkan dalam bentuk pilihan – dan masih memberikan pengguna akses kepada antaramuka lama Maybank2U.

Namun, ia akan berubah tidak lama lagi. Maybank kini telah mengumumkan yang mana mulai 18 Ogos 2018 ini, semua pengguna akan dibawa kepada antaramuka web baru Maybank2U secara automatik.

Maybank2U Baru

Antaramuka web baru ini menawarkan rekaan yang lebih moden, selain hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik yang memudahkan lagi urusan perbankan anda. Malah, ia juga turut dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh.

Maybank mengatakan antaramuka klasik laman Maybank2U masih akan ditawarkan untuk sementara waktu bagi pengguna yang masih menginginkannya, tetapi akan dimatikan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN