FoodPanda Menawarkan Penghantaran Percuma Sempena Bulan Kemerdekaan

FoodPanda Menawarkan Penghantaran Percuma Sempena Bulan Kemerdekaan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018 oleh .

FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda memilih makanan dari sejumlah kedai berhampiran, dan mereka akan menghantar terus ke rumah atau pejabat anda dengan mengenakan sedikit caj penghantaran.

FoodPanda

Terkini, bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak FoodPanda dilihat hadir dengan promosi khusus untuk pengguna tempatan. Kini, untuk bulan Ogos ini, pengguna boleh membuat tempahan makanan pada nilai minima serendah RM10, selain mana harga caj penghantaran diturunkan daripada RM5 kepada RM3 untuk tempahan antara 13 hingga 24 Ogos.

Selain itu, FoodPanda juga turut menawarkan penghantaran percuma untuk tempahan makanan antara 25 Ogos hingga 31 Ogos 2018 ini.

Bagi anda yang sering membuat tempahan makanan, mungkin boleh mengambil peluang ini dan lebih berjimat berbanding kebiasaan.


TIPS & ULASAN