Cari @ Amanz

Di dalam dunia penjejak kesihatan, Fitbit ialah antara jenama yang paling popular di kalangan insan yang gemar bersukan. Penjejak kesihatan terkini mereka iaitu Fitbit Charge 3 dijangka akan dilancarkan di IFA hujung bulan ini dan rekaannya kini telahpun tertiris.

Fitbit Charge 3 masih mengekalkan rekaan segi empat tepat memanjang dengan skrin sesentuh monokrom. Ia menyokong fungsi asas mengesan nadi. menjejak aktiviti sukan dan juga NFC. Dengan sekali caj Charge 3 dikatakan dapat bertahan sehingga tujuh hari. Terdapat juga sokongan bluetooth dan Wifi. Ia juga mempunyai fungsi menghantar Quick Reply apabila menerima mesej atau panggilan telefon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd