Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 8 adalah peranti mercu Xiaomi tahun 2018 dan pengganti kepada Xiaomi Mi 6. Sewaktu pelancaran ia hanya hadir dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman dari 64GB sehingga 256GB. Kini, melalui laman Xiaomi di China – Mi 8 dengan 8GB RAM dan storan 128GB telah mula dijual.

Xiaomi Mi 8 dijana dengan cip Snapdragon 845, hadir dengan skrin Super AMOLED, mempunyai takuk dengan sensor inframerah, serta menyokong pengecasan pantas sehingga QC4.0+.

Agak menarik melihat Xiaomi hadir dengan Mi 8 dengan jumlah RAM yang besar dan dijual pada harga berpatutan – iaitu RMB3299 (~RM1958) sahaja. Warna pula boleh dipilih sama ada hitam atau biru.

Di Malaysia, Xiaomi hanya menjual variasi Mi 8 64/6 GB dan 128/8 GB pada harga RM1599 dan RM1899. Pada harga sebegini – ianya agak murah, berbaloi dan menarik. Sayang sekali, tiada maklumat mengenai variasi 8GB RAM ini akan dijual luar pasaran China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd