Pada Galaxy Note 9, salah satu ciri utama yang diketengahkan adalah kebolehan pengguna boleh membuat catitan nota dan lakaran dengan baik menggunakan S-Pen. Langkah ini sekaligus secara tidak langsung meningkatkan kadar produktiviti pengguna ketika menggunakan telefon pintar ini.
Menariknya, pengguna juga turut boleh mengakses kebolehan untuk mencatatkan nota atau membuat lakaran dengan pantas tanpa perlu membuka sebarang aplikasi. Anda hanya perlu mengeluarkan S-Pen, dan aplikasi berkaitan akan diaktifkan secara automatik – termasuk ketika dalam keadaan skrin berkunci.
Ketika dalam keadaan skrin berkunci, pengguna hanya perlu mengeluarkan S-Pen, dan ia akan mengaktifkan sokongan Screen Off-Memo. Seterusnya pengguna boleh membuat sebarang catatan atau lakaran pada skrin dengan pantas.
Selepas selesai semuanya, anda boleh menyimpan S-Pen pada tempatnya kembali, dan nota berkaitan akan disimpan secara automatik pada Samsung Notes.
Dengan sokongan ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mencatat sebarang perkara penting bila mana idea hadir tanpa perlu melakukan pelbagai perkara. Seperti ramai sedia maklum, inspirasi boleh hadir pada bila-bila masa, dan dengan Galaxy Note 9, anda boleh mencatatkannya serta-merta tanpa terlupa.
Bagi anda yang sering membawa buku catitan biasa bersama anda, mungkin kini anda boleh menggantikan ia dengan Galaxy Note 9. Telefon pintar yang meningkatkan produktiviti ini boleh didapati pada harga bermula RM3699, dan akan dijual di Malaysia mulai 24 Ogos ini.
- Info
- Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.