Cari @ Amanz

Touch ‘n Go telah pun hadir dengan dompet digital mereka sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini dilihat dalam peringkat menambah bilangan kedai dan kawasan yang menerimanya. Terkini, hari ini, Touch ‘n Go mengumumkan kerjasama dengan KK Super Mart, dimana melaluinya, para pengguna boleh menggunakan dompet digital Touch ‘n Go di lebih 330 cawangan KK Super Mart seluruh negara.

Touch N Go

Dengan sokongan ini, pengguna dompet digital Touch ‘n Go dengan mudah boleh hanya mengimbas kod QR yang dipaparkan untuk melakukan pembayaran. Kaedah ini sekaligus membawa kepada kearah mempopularkan gaya hidup nirtunai.

Selain kerjasama dengan para pekedai, Touch ‘n Go juga sebelum ini telah memulakan ujian menggunakan aplikasi mereka untuk pembayaran di LRT sekitar Lembah Klang. Selain itu, mereka juga dilihat akan memperkenalkan sokongan RFID untuk pembayaran tol sekitar September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd