Cari @ Amanz

Oppo Malaysia menjadualkan pelancaran rasmi Oppo F9 esok. Tetapi, hari ini, ia dilihat Oppo telah pun melancarkan peranti berkenaan pada peringkat global, dan telah pun menyenaraikan peranti berkenaan secara rasmi pada laman mereka.

Oppo F9

Oppo F9 merupakan telefon pintar terbaru dibawah siri-F, iaitu salah satu siri yang memfokuskan kepada keupayaan swafoto. Dengan fokus berkenaan, Oppo menyertakan sokongan kamera hadapan 25-megapixel yang hadir dengan sokongan HDR dan integrasi kecerdasan buatan untuk rakaman.

Oppo F9

Kamera hadapan ini diposisikan pada bahagian takuk bersaiz kecil, yang mana dikatakan diambil inspirasi daripada “titisan air”. Penggunaan takuk kecil juga menawarkan akses kepada skrin yang lebih tinggi berbanding takuk bersaiz besar pada peranti lain.

Oppo F9 ini hadir dengan skrin 6.3-inci dengan panel LTPS TFT, menggunakan cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan lensa 16-megapixel dan 2-megapixel.

Oppo F9

Menariknya pada Oppo F9 adalah dimana ia juga menjadi peranti dibawah siri-F pertama yang menyokong pengecasan pantas VOOC untuk mengecas bateri 3500mAh pada telefon pintar ini. Peranti ini juga menggunakan kerangka yang menawarkan pewarnaan berbentuk campuran yang menjadikannya agak unik berbanding peranti lain dipasaran.

Oppo F9

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini secara rasminya daripada pihak Oppo Malaysia esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd