Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah mengumumkan pengenalan sistem operasi generasi terbaru Android, iaitu Android Pie. Sejak daripadanya, beberapa pengeluar telah menyatakan sokongan untuk peranti mereka, dan kini Motorola turut mengikut jejak.

Motorola hari ini mengumumkan lapan peranti yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie bermula tahun ini, iaitu Moto Z3, Moto Z3 Play, Moto Z2 Force Edition, Moto Z2 Play, Moto X4, Moto G6 Plus, Moto G6, dan juga Moto G6 Play.

Seperti ramai sedia maklum, Android 9.0 Pie membawa sokongan integrasi pembelajaran mesin lebih mendalam – termasuk untuk mengoptimasikan penggunaan bateri, mengoptimasikan pencahayaan skrin, menawarkan kaedah gesture baru, sokongan multi-tugasan yang diberikan nafas baru, serta sejumlah ciri yang lain.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan. Kita boleh menjangkakan peranti utama mula menerimanya terlebih dahulu, dan diikuti oleh peranti lain secara berperingkat selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd