Rekaan Honor 8X Tertiris Dengan Takuk Skrin Yang Kecil

Rekaan Honor 8X Tertiris Dengan Takuk Skrin Yang Kecil

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Oppo F9 telah dilancarkan semalam dengan rekaan takuk yang kecil jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Mungkin pengeluar akhirnya menyedari penggunaan takuk skrin yang besar adalah kurang diminati kebanyakan pengguna. Rekaan untuk Honor 8X telah tertiris apabila ia memasuki pangkalan data TENAA dan seperti F9 ia turut mempunyai rekaan takuk yang kecil.

Rekaan takuk pada 8X ini menyerupai apa yang ditemui pada Essential Phone. Ia turut mempunyai dwi-kamera berkedudukan menegak pada bahagian belakang berserta sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat. Ia besar kemungkinan akan menggunakan pemproses Snapdragon 636 apabila dilancarkan kelak. Bagi mereka yang kurang menggemari peranti bertakuk besar, Honor 8X mungkin boleh dimasukkan ke dalam senarai pendek anda.


TIPS & ULASAN