Apple Mempatenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Dengan Kamera Di Bawah Kaca

Apple Mempatenkan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Dengan Kamera Di Bawah Kaca

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Dengan iPhone X, Apple mengucapkan selamat tinggal kepada Touch ID yang digunakan sejak 2013 pada iPhone 5S. Ia digantikan dengan Face ID yang dikatakan lebih selamat kerana memerlukan imbasan wajah secara tiga dimensi. Apple mungkin mempunyai perancangan untuk Touch ID generasi baharu kerana telah mempatenkan sebuah sistem imbasan cap jari dalam skrin.

Paten difailkan pada bulan Januari yang lalu dan hanya diterbitkan oleh jabatan paten Amerika Syarikat. Pengimbas cap jari dalam skrin Apple ini berbeza kerana menggunakan kamera beberapa pinhole di bawah skrin untuk mengimbas alur cap jari secara tiga dimensi. Sistem yang dipatenkan ini berbeza dari sistem ultrasonik yang digunakan pada beberapa peranti Android sekarang.

Dokumen paten yang difailkan menunjukkan sistem Apple ini dicipta oleh Dale Setlak yang merupakan pemilik syarikat biometri Authentec. Authentec telah diambil alih oleh Apple sejak 2012.


TIPS & ULASAN