Honor 10 Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo Di Malaysia Bermula 17 Ogos

Honor 10 Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo Di Malaysia Bermula 17 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Honor Malaysia kini telah mengumumkan yang mana telefon pintar Honor 10 akan menerima kemaskini GPU Turbo bermula 17 Ogos ini. Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan membawakan sokongan memainkan permua yang lebih baik berbanding peranti lain di pasaran hari ini.

Honor 10

Melalui kemaskini GPU Turbo, ia akan meningkatkan kadar keefisyenan GPU sehingga 60%, selain mengurangkan penggunaan tenaga bateri sehingga 30%. Buat masa ini, dua permua disokong dengan GPU Turbo, iaitu Mobile Legends dan juga PUBG Mobile.

Bagi anda yang menggunakan Honor 10, boleh menyemak kemaskini perisian pada peranti anda bermula esok – 17 Ogos 2018 ini. Atau sekiranya anda tercari-cari peranti baru dan berminat dengan Honor 10, ia boleh dibeli pada harga RM1599 hari ini.


TIPS & ULASAN