Beberapa Fungsi Tweetbot Kini Tidak Berfungsi Atas Perubahan API Twitter

Beberapa Fungsi Tweetbot Kini Tidak Berfungsi Atas Perubahan API Twitter

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Pada bulan Februari lalu, Twitter mula mengubah polisi pengguna sistem automasi dan multi-akaun bagi mengatasi masalah bot. Melalui polisi baru ini penggunaan API Twitter dihadkan. Kemudian pada bulan lepas, mereka memperketatkan lagi penggunaan API untuk mengurangkan masalah aplikasi berkualiti rendah.

Terbaru, perkhidmatan pihak ketiga Twitter – Tweetbot kini beberapa fungsi penting Tweetbot tidak berfungsi. Fungsi-fungsi seperti pentsriman garis masa melalui WiFi, notifikasi untuk suka, kicauan semula, pengikut, petikan semula Twitter dan tab aktiviti serta tab status kini dibuang dari Tweetbot. Selain itu, aplikasi Tweetbot untuk Apple Watch turut dihentikan. 

Tweetbot masih lagi boleh digunakan, tetapi notifikasi DM akan terdapat sela masa beberapa minit serta garis masa akan disegar semula secara automatik pada setiap satu atau dua minit.

Hari ini ia terkesan kepada Tweetbot, tetapi disebabkan ini adalah isu dengan API Twitter dan bukannya pembangun – aplikasi-aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga Twitter lain seperti Falon atau Flamingo turut akan terkesan bermula esok

Harapnya, jika aplikasi-aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga Twitter sudah tidak berfungsi seperti asal – pembangun boleh memulang semula atau memberi rebat kepada pengguna jika aplikasi mereka dibeli. Jika tidak – ia kini adalah satu pembaziran.


TIPS & ULASAN