HTC Malaysia boleh dikatakan agak senyap akhir-akhir ini, apatah lagi dengan pelbagai desas-desus mengenai syarikat HTC yang dikatakan kurang stabil dari segi kewangan. Namun, ia tidak menghentikan pihak HTC daripada terus membawa masuk dan memasarkan peranti terkini untuk pasaran Malaysia.
HTC Malaysia kini melalui laman sosial mengumumkan yang mana mereka akan membuka pra-tempahan secara atas-talian untuk peranti HTC U12+ pada minggu ini. Harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini.
HTC U12+ hadir dengan skrin 6-inci QHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dilengkapi dwi-kamera belakang 12+16-megapixel, selain kamera hadapan 8+8-megapixel. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP68, dan dilengkapi sokongan inframerah.
Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai harga jualan tempatan untuk HTC U12+ tidak lama lagi.