Intel Hadir Dengan Video Acah Untuk Pengenalan Kad Grafik Tersendiri Pada 2020

Intel Hadir Dengan Video Acah Untuk Pengenalan Kad Grafik Tersendiri Pada 2020

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Intel sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk hadir dengan kad grafik tersendiri, dan kini melalui sebuah video acah terbaru, mereka menekankan lagi perkara berkenaan. Intel menyasarkan untuk memperkenalkan kad grafik mereka menjelang tahun 2020 kelak.

Melalui video acah berkenaan, Intel turut menekankan kepakaran mereka dalam arena grafik sebelum ini, dimana mereka sedia hadir dengan sokongan grafik yang diintegrasi terus ke cip pemprosesan. Melaluinya, ia bukan sahaja menawarkan sokongan grafik asas, tetapi mampu menjalankan sejumlah permainan melaluinya.

Buat masa ini, info penuh mengenai kad grafik daripada Intel ini masih tidak diketahui lagi. Intel sebelum ini telah melantik Raja Koduri untuk menerajui pembangunan kad grafik ini.


TIPS & ULASAN