Samsung Mempatenkan Lapisan Oleophobic Boleh Pulih Semula
Artikel Berkaitan

Samsung Mempatenkan Lapisan Oleophobic Boleh Pulih Semula

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Teknologi lapisan yang boleh pulih semula bukanlah sesuatu yang baru. Pada 5 tahun lepas, LG telah lancarkan LG G Flex – iaitu telefon pintar melengkung dengan panel belakang yang boleh pulih semula.

Panel belakang LG G Flex ini, apabila ditoreh dengan objek-objek tajam atau kasar seperti kunci, pisau atau juga syiling – kesan calar itu akan hilang dan panel belakang tersebut akan kembali kelihatan seperti ianya tidak terkesan.

Kini, Samsung dilihat ingin menggunakan teknologi yang hampir sama. Mereka telah pun mempatenkan satu lapisan oleophobic yang boleh pulih semula. Lapisan yang Samsung patenkan ini adalah satu lapisan bagi melindungi peranti – berkemungkinan adalah untuk panel kaca belakang atau skrin hadapan bagi mengelak kesan kotor cap jari. Lapisan ini turut mempunyai kemampuan boleh pulih semula.

Laporan turut mengatakan di mana – lapisan ini akan digunakan pada skrin lengkung atau skrin boleh lipat Samsung. Kerana itu adalah apa yang dicadangkan berdasarkan lakaran yang dipatenkan.


TIPS & ULASAN