Benar atau tidak, dalam masa satu hari anda pasti akan membuka pelayar web untuk mencari atau membaca sesuatu? Kini dengan pelayar web Chrome, pengalaman melayari web akan menjadi lebih menarik, jimat data dan juga akan terasa pantas.
“Lazy Loading” adalah teknologi yang sedang diuji oleh Google. Ia kini boleh digunakan pada pelayar web Chrome Canary. “Lazy Loading” dikatakan boleh memberi 18-35% lebih pantas apabila melayari web mengikut kelajuan internet.

Apa itu “Lazy Loading” ? Secara asasnya ia adalah satu teknologi di mana sesuatu web tidak akan memaparkan kandungan seperti gambar sehingga pengguna menatal ke bahagian kandungan tersebut.
Jika anda ingin cuba, muat turun Crome Canary untuk Android dan melalui flags aktifkan “Lazy Loading” pada
#enable-lazy-image-loading dan #enable-lazy-frame-loading
- Muat Turun
- Muat Turun: Chrome Canary Di Google Play Store