Mengiklankan sesuatu di YouTube perlulah mengikut polisi yang telah ditetapkan. Tetapi filem seram The Nun yang bakal hadir ke pawagam bulan September kelak telah mengiklankan video acah yang memeranjatkan – dan pengguna tidak boleh melangkau video iklan tersebut.
Disebabkan salah satu polisi YouTube adalah tidak boleh mengandungi sebarang kandungan yang kandungan ganas dan mengejutkan – iklan The Nun tersebut telah dipadam. Ada juga yang mengatakan di mana – pasukan The Nun mungkin sengaja mengiklankan video tersebut agar ia tular. Thumbnail video iklan tersebut pula menggunakan ikon volume, jadi pengguna tidak akan tahu video apakah ia.