Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar berspesifikasi asas terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 2.1. Ia akan mula dijual di Malaysia mulai 17 Ogos 2018, dan ditawarkan pada harga RM415.

Nokia 2.1

Nokia 2.1 menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip Snapdragon 425, dan memori 1GB RAM. Telefon berspesifikasi asas ini menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan autofokus. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 4000mAh untuk penggunaan masa yang lama.

Dengan penawaran sistem operasi Android Go (Oreo), ia turut hadir dilengkapi sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk penggunaan luar-talian dan tidak menggunakan storan yang banyak.

Bagi anda yang mencari telefon berspesifikasi asas, anda boleh mendapatkan Nokia 2.1 pada harga RM415.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd