HTC U12+ Boleh Dipra-tempah Bermula Esok Pada Harga RM3499
HTC

HTC U12+ Boleh Dipra-tempah Bermula Esok Pada Harga RM3499

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

HTC Malaysia kini telah pun mengumumkan secara rasminya penawaran telefon pintar mercu mereka untuk 2018 bagi pengguna tempatan, HTC U12+ ini bakal boleh dipra-tempah secara rasminya bermula esok, 17 Ogos pada harga RM3499.

HTC U12+ ini hadir dengan skrin 6-inci menggunakan panel paparan Quad HD, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan dijana bateri berkapasiti 3500mAh.

HTC U12 Plus

HTC melengkapkan peranti ini dengan dwi-kamera belakang UltraPixel (12MP + 16MP), selain dwi-kamera hadapan 8-megapixel. Seperti generasi sebelum ini, HTC turut menyertakan input berasaskan “genggaman” pada telefon pintar ini.

HTC juga sedia mengumumkan kemaskini Android 9.0 Pie akan hadir untuk peranti ini tidak lama lagi. Menariknya, HTC Malaysia turut mengumumkan yang mana permainan kripto popular, Cryptokitties turut akan ditawarkan melalui kemaskini perisian akan datang.

Untuk pra-tempahan daripada esok sehingga 24 Ogos, pengguna juga akan menerima beberapa aksesori tambahan bersama pembelian anda.

Baca : Pandang Pertama HTC U12+


TIPS & ULASAN