Cari @ Amanz

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini dengan rekaan takuk “titisan air” yang baharu. Takuk ini amat kecil berbanding rekaan takuk yang digunakan oleh Oppo sebelum ini. Ia dijana pemproses MediaTek Helio P60 dengan kamera swafoto 25-Megapixel. Ini menjadikannya peranti yang sesuai dibandingkan dengan Huawei Nova 3i dan Samsung Galaxy A8 Star. Ketiga-tiga peranti mempunyai saiz skrin dan spesifikasi yang hampir setanding.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd