Kirin 980 Disahkan Menggunakan Rekaan 7nm – Bakal Hadir Pada Huawei Mate 20

Kirin 980 Disahkan Menggunakan Rekaan 7nm – Bakal Hadir Pada Huawei Mate 20

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Huawei sering memperkenalkan cip pemprosesan mercu mereka beberapa bulan sebelum pengenalan siri-Mate mereka. Untuk tahun ini, Huawei dijangka memperkenalkan cip pemprosesan terbaru Kirin 980 mereka pada penghujung bulan ini.

Terkini, melalui apa yang dilaporkan dikatakan oleh CEO Huawei CBG, cip pemprosesan akan datang Huawei, iaitu Kirin 980 dijangka hadir dengan rekaan binaan 7nm. Ini sekaligus akan menjadikan ia lebih efisyen, selain menggunakan tenaga bateri yang lebih rendah.

Huawei Mate 20 dijangka akan menjadi yang pertama menggunakan cip pemprosesan ini.

Huawei dijangka akan menjadi yang terawal memperkenalkan cip berasaskan 7nm untuk penawaran secara komersial – sekaligus sekali lagi memperlihatkan kehebatan mereka dalam arena teknologi.

Selain Huawei, beberapa pengeluar lain turut sedang melihat untuk menggunakan cip berasaskan 7nm, termasuk Qualcomm, Apple dan juga samsung.


TIPS & ULASAN