#GalaxyNote9 – Ikuti Permainan Video Dan Siri-TV Pada Skrin Bersaiz Besar

#GalaxyNote9 – Ikuti Permainan Video Dan Siri-TV Pada Skrin Bersaiz Besar

Diterbitkan pada Ogos 16, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 meneruskan tradisi telefon pintar dengan skrin bersaiz besar, dimana pada kali ini, Samsung menyertakan skrin bersaiz 6.4-inci bersama-sama dengannya. Malah, skrin yang disertakan pada Samsung adalah paling terbaik setakat ini, dan telah pun ditabalkan oleh DisplayMate.

Menariknya, dengan skrin bersaiz besar ini, ia akan memudahkan pengguna bukan sahaja melakukan pelbagai tugasan produktiviti, tetapi juga untuk menikmati video dan permainan video. Samsung juga tidak menyertakan sebarang takuk, membolehkan anda menikmati keseluruhan kandungan tanpa kehilangan sebarang bahagian – berbeza dengan pelbagai telefon pintar lain dipasaran hari ini.

Samsung DeX

Tidak memadai dengan skrin 6.4-inci, pengguna juga dengan mudah boleh menghubungkan ia kepada sebarang panel monitor dan menikmati paparan yang lebih besar. Ciri ini Samsung menamakan ia sebagai Samsung DeX.

Dengan menghubungkan telefon pintar Galaxy Note 9 kepada monitor, ia akan memaparkan skrin dalam bentuk seumpama desktop – sekaligus memudahkan anda melakukan pelbagai tugasan, dan pada masa yang sama turut membolehkan anda menikmati kandungan video dan permainan video pada skrin besar dengan mudah.

Samsung Galaxy Note 9 ini akan dijual di Malaysia mulai 24 Ogos ini, pada harga bermula RM3699. Kini, anda tidak lagi memerlukan pelbagai peranti, dimana anda boleh menggunakan hanya Galaxy Note 9 untuk urusan harian, dan juga kerja dengan menghubungkan ia kepada monitor.

Layari : Samsung Galaxy Note 9

Ini adalah advertorial daripada Samsung.


TIPS & ULASAN