ASUS ROG STRIX Scar II Baru Diperlihatkan – Hadir Dengan Paparan 17 Inci Pada Resolusi 4K

ASUS ROG STRIX Scar II Baru Diperlihatkan – Hadir Dengan Paparan 17 Inci Pada Resolusi 4K

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Di acara Computex Taipei beberapa bulan lalu, ASUS telah memperkenalkan dua buah laptop gaming melalui model ASUS ROG STRIX Hero II dan ASUS RoG STRIX Scar II yang hadir khusus untuk permainan computer MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) dan juga fPS (First Person Shooter).

Terkini, pihak ASUS ROG juga turut mengumumkan kehadiran laptop ASUS ROG STRIX Scar II yang kedua, dan kali ini ia hadir dengan paparan skrin yang lebih besar daripada model ASUS STRIX Scar II sebelum ini.

Model Scar II terbaru ini dilengkapi dengan paparan skrin 17 inci pada resolusi sehingga 4K UHD dengan kadar segar semula 144Hz yangdimuatkan dalam rangka laptop sebesar 15.6 inci sahaja, memberikan paparan ini rekaan hampir nirbingkai pada tiga sisi skrin tersebut.

 Dari segi spesifikasi dalaman, laptop ASUS ROG STRIX Scar II ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Core generasi kelapan Coffee Lake-H sehingga CPU Core i7-8750H, memori DDR4 sehingga 32GB dan gabungan storan SSD PCIe M.2 bersama-sama dengan storan SSHD sebesar 1TB. Laptop Scar II ini juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6G untuk pemprosesan grafik yang berkuasa.

Untuk menyejukkan komponen-komponen berkuasa yang hadir di dalam laptop ini, ASUS menggunakan system penyejukan HyperCool Pro yang dilengkapi dengan tiga sirip penyejuk dan dua buah kipas untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen ke bahagian luar dengan lebih cekap.

Perisian ROG Game Center digantikan oleh Armoury Crate, yang hadir dengan ciri-ciri sama yang bukan sahaja membolehkan pengguna mengubahsuai kelajuan kipas HyperCool Pro, tetapi juga kebolehan melewahjam komponen dan juga sokongan untuk sistem penyalaan lampu RGB Aura Sync yang hadir pada papan kekunci dan sekeliling laptop Scar II ini.

Buat masa ini, pihak ASUS masih belum mengumumkan bilakah laptop ASUS ROG STRIX Scar II 17 inci ini akan hadir di pasaran.


TIPS & ULASAN